Tuesday, 26 April 2011

Faktor Utama Dalam Mengekalkan & Mendapatkan Rambut Yang Cantik & Menawan

Tiga perkara penting yang diperlukan untuk rambut yang cantik - kesihatan jasmani, tumpuan yang betul terhadap kebersihan dan berhati - hati dalam penggunaan bahan kosmetik

1. Diet Yang Betul

Pertumbuhan rambut bergantung kepada diet yang betul dan mencukupi. Faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan rambut ialah kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi di dalam darah mungkin di sebabkan oleh diet yang mengandungi kurang daging, telur, bijirin dan kekacang. Buah - buahan dan sayur - sayuran yang segar juga sangat penting dalam mebekalkan vitamin C yang boleh membantu badan menyerap zat besi.


2. Pemotongan Rambut

Walaupun pemotongan rambut tidak penting bagi sesetangah orang, namun adalah penting untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih untuk mereka yang berambut pendek. Pemotongan rambut yang kerap tidak akan menjamin rambut tersebut tumbuh kuat dan cepat.

3. Bagaimana rambut boleh menjadi rosak
Walaupun rambut mampu menahan segala bentuk penyeksaan, lama kelamaan ia akan rosak juga disebabkan oleh "perming", "dyeing", "bleaching" dan urutan yang tidak dilakukan dengan betul, tetapi ia bergantung pada seseorang. Kadang - kadang kulit kepala alah kepada penggunaan dye dan akan membengkak. Untuk mengelak dari hal ini, dye itu hendaklah di cuba terlebih dengan meletakkan sedikit di atas tangan atau lengan. Jika terdapat kesan kemerah merahan, hendak lah dielakkan dari menggunakan dye tersebut.

Kebanyakan orang menggunakan "hydrogen peroxide" semasa proses "bleaching". Jika bahan ini digunakan berulang kali, ia boleh menyebabkan rambut menjadi kering, "frizzling" dan mudah "patah" apabila disikat. Ia juga menyebabkan rambut menjadi kasar, bercabang, nipis atau pendek.